ad
AGENSI

Skim Niaga Darul Ehsan bantu lebih 1,000 usahawan wanita

18 Okt 2021, 12:30 PM
Skim Niaga Darul Ehsan bantu lebih 1,000 usahawan wanita
Skim Niaga Darul Ehsan bantu lebih 1,000 usahawan wanita

SHAH ALAM, 18 OKT: Seramai 1,194 usahawan wanita di negeri ini mendapat manfaat program Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) dengan pembiayaan lebih RM5 juta.

Perkara itu dimaklumkan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menerusi Facebook, hari ini.

"Skim ini terbuka kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan penyaluran modal pusingan mudah, cepat dan tidak membebankan.

"Sehingga kini seramai 1,194 penerima pembiayaan NaDI dengan jumlah berjaya disalurkan sebanyak RM5,184,000," kata agensi itu.

Hijrah Selangor berkata sebanyak RM10 juta telah diperuntuk menerusi NaDI bagi membantu penduduk Selangor yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.

Program tersebut terbuka kepada golongan wanita dan mereka yang berminat boleh memohon secara dalam talian menerusi http://167.172.13.68/ .

Pada 27 Ogos, seramai 970 usahawan wanita di negeri ini mendapat manfaat program NaDI setakat 26 Julai, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan usaha memperkasa golongan tersebut ketika pandemik Covid-19 melibatkan belanja sebanyak RM3.945 juta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.