ad
AGENDA

Bekalan air semua wilayah pulih sepenuhnya

16 Okt 2021, 11:19 AM
Bekalan air semua wilayah pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 16 OKT: Bekalan air di 998 kawasan terlibat naik taraf aset kritikal loji rawatan Sungai Selangor Fasa 1 pulih sepenuhnya petang ini, awal beberapa jam daripada jangkaan.

Air Selangor menerusi Facebook mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh naik taraf dilaksanakan.

Demi keselesaan pengguna, Air Selangor menyelenggara aset kritikal Rabu lalu setelah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Kerja naik taraf aset itu melibatkan penduduk di wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Sebelum ini, syarikat itu memaklumkan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam hari ini.

Kerja naik taraf itu berjaya siap seperti dijadualkan dan bekalan air mula disalur kepada pengguna jam 11 malam pada 13 Oktober lalu.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang hentitugas.airselangor.com.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.