ad
AGENDA

91.2 peratus penduduk dewasa negara ini lengkap divaksin

15 Okt 2021, 1:13 AM
91.2 peratus penduduk dewasa negara ini lengkap divaksin

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini mencapai 91.2 peratus atau 21,355,550 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 95 peratus populasi dewasa atau 22,247,174 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sejumlah 206,418 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 46,458,672.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 17.5 peratus atau 551,972 orang telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 76.7 peratus atau 2,416,010 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 Sept lepas.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.