ad
AGENDA

JKJAV: 69.6 peratus penduduk dewasa Malaysia lengkap dos vaksin

8 Sep 2021, 3:15 AM
JKJAV: 69.6 peratus penduduk dewasa Malaysia lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Sebanyak 88.9 peratus atau 20,814,413 populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 69.6 peratus atau 16,299,881 populasi dewasa pula telah melengkapkan suntikan vaksin berkenaan.

"Sebanyak 326,476 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)," menurut JKJAV.

JKJAV turut memaklumkan jumlah keseluruhan pemberian vaksin setakat ini ialah sebanyak 37,071,789.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.