AGENDA

Jumlah jangkitan menurun sedikit, Selangor kekal paras 2,000

25 Sep 2021, 7:38 AM
Jumlah jangkitan menurun sedikit, Selangor kekal paras 2,000

SHAH ALAM, 25 SEPT: Jumlah jangkitan harian Covid-19 mencatatkan sedikit penurunan dengan 13,899 kes berbanding 14,554 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Berdasarkan perkongsian Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jangkitan baharu di Selangor meningkat kepada 2,341 kes berbanding 2,244 semalam.

Jangkitan di Sarawak masih tidak banyak berubah dengan catatan 2,712 kes berbanding 2,825 semalam.

Selain itu, empat negeri mencatat jumlah jangkitan harian empat angka tetapi bawah paras 2,000 kes iaitu Johor dengan 1,377, Kelantan (1,170), Perak (1,128) dan Pulau Pinang (1,060).

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Sabah - 962

Pahang - 779

Terengganu - 760

Kedah - 708

Melaka - 339

WPKL - 310

Negeri Sembilan - 194

WP Putrajaya - 37

Perlis - 17

WP Labuan - 5