ad
BERITA UTAMA

Vaksin bergerak di Dengkil, Kuala Kubu Bharu esok

23 Sep 2021, 12:23 PM
Vaksin bergerak di Dengkil, Kuala Kubu Bharu esok
Vaksin bergerak di Dengkil, Kuala Kubu Bharu esok

SHAH ALAM, 23 SEPT: Program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak akan diteruskan lagi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil dan Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa, Kuala Kubu Bharu esok.

Program bagi memastikan tiada penduduk negeri ini tercicir daripada menerima suntikan pelalian terbuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas termasuk warga asing.

Orang ramai yang berminat perlu membuat pendaftaran awal melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan masukkan kod baucar yang betul.

Kod baucar DGL24SEP perlu dimasukkan bagi Selvax SKJC Dengkil manakala KKB24sep untuk Selvax Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa.

Program Selvax bergerak dijalankan sejak 12 September dari jam 9 pagi hingga 5 petang di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berperingkat.

Antara DUN terlibat ialah Bandar Baru Klang, Batu Tiga, Tanjung Sepat, Gombak Setia, Bukit Antarabangsa, Batang Kali, Banting, Teratai, Dengkil, Subang Jaya dan Kampung Tunku.

Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan pada 9 Jun memperuntuk sebanyak RM200 juta untuk menjayakan Selvax Komuniti dan Selvax Industri yang akan memanfaatkan jutaan penduduk negeri ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.