AGENDA

Tiada negeri lepasi paras 2,000 kes Covid-19, Selangor catat 1,985

23 Sep 2021, 7:04 AM
Tiada negeri lepasi paras 2,000 kes Covid-19, Selangor catat 1,985

SHAH ALAM, 23 SEPT: Sebanyak 13,754 kes baharu Covid-19 dicatatkan di seluruh negara hari ini menunjukkan penurunan lebih 1,000 kes berbanding 14,990 semalam, maklum ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook, juga memaparkan semua negeri merekod kes di bawah paras 2,000 dengan Selangor tertinggi iaitu 1,985.

Negeri lain dengan catatan lebih 1,000 kes ialah Johor (1,913), Sarawak (1,766), Sabah (1,629), Kelantan (1,264) dan Pulau Pinang (1,052).

Berikut pecahan kes bagi negeri dan wilayah lain:

Pahang - 869

Perak - 844

Kedah - 783

Terengganu - 664

Kuala Lumpur - 383

Melaka - 292

Negeri Sembilan - 175

Perlis - 113

Putrajaya - 14

Labuan - lapan