PBT

MPK buka tempahan tapak Bazar Deepavali mulai hari ini

20 Sep 2021, 1:10 AM
MPK buka tempahan tapak Bazar Deepavali mulai hari ini

SHAH ALAM, 20 SEPT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuka tempahan tapak Bazar Deepavali kepada orang awam mulai hari ini.

MPK menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan orang awam berminat boleh mula membuat tempahan  sehingga 1 Oktober.

Pemohon gerai disarankan untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh MPK selaras dengan tatacara operasi piawai (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa kedua.

Permohonan hanya dibuka secara atas talian melalui laman sesawang https://portal.mpklang.gov.my/permitonline/.

Sebarang pertanyaan berkaitan, boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Pasar dan Penjaja di talian 03-33758019 sambungan 21/26 atau emel kepada jpsr@mpklang.gov.my.

Tahun lalu, MPK membatalkan penganjuran Bazar Deepavali di Lorong Tingkat susulan peningkatan kes Covid-19 di daerah berkenaan.

Yang Dipertuanya Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata langkah tersebut bagi membendung penularan wabak di kawasan itu yang kini diisytihar zon merah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.