EXCO

Sukarelawan Selangor bantu mangsa bencana, tumpu kebajikan

27 Ogos 2021, 12:39 PM
Sukarelawan Selangor bantu mangsa bencana, tumpu kebajikan

SHAH ALAM, 27 OGOS: Program Sukarelawan Selangor (SERVE) bukan hanya berperanan membantu mangsa bencana atau kecemasan tetapi termasuk kebajikan.

EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata pasukan itu juga ditugaskan untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong.

"Kita menggalakkan penglibatan individu ini bukan hanya untuk membantu mangsa bencana tetapi juga memfokuskan kebajikan dan gotong-royong," katanya ketika sesi penggulungan pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Kerajaan Negeri dijadual melancarkan platform sukarelawan tersebut untuk individu berusia 36 tahun ke atas pada 16 September dengan menyasarkan seramai 2,800 ahli di seluruh negeri.

Program itu adalah kesinambungan Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang mengehadkan kelayakan umur individu berusia 18 hingga 35 tahun.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.