ADN

85 peratus individu dewasa di Kuala Langat telah divaksin

24 Ogos 2021, 3:59 PM
85 peratus individu dewasa di Kuala Langat telah divaksin

SHAH ALAM, 24 OGOS: Sebanyak 85 peratus individu dewasa di Kuala Langat telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib berkata biarpun angka direkodkan itu tinggi namun pihaknya akan berusaha untuk menjejaki baki 15 peratus yang belum berbuat demikian.

"Kita akan cuba mengesan dan melihat kenapa mereka tidak disuntik, mungkin segelintirnya terlantar sakit dan sukar untuk ke pusat pemberian vaksin.

"Malah, ada juga mungkin anti-vaksin. Kerajaan Negeri akan berusaha untuk menjejakinya bagi memastikan 100 peratus individu mendapat suntikan," kata Hasnul Baharuddin.

Beliau berkata demikian menerusi rancangan Bual Bicara yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Media Selangor, malam ini.

Pada masa sama, Hasnul berkata Kementerian Kesihatan Malaysia juga perlu menyegerakan pemberian vaksin kepada individu berusia 18 tahun ke bawah.

"Suntikan kepada pelajar ini harus disegerakan supaya ia akan memberi perlindungan dan kurangkan risiko dijangkiti apabila sekolah dibuka kelak," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.