ad
AGENDA

1,436 kluster Covid-19 masih aktif dalam negara

23 Ogos 2021, 12:20 AM
1,436 kluster Covid-19 masih aktif dalam negara

SHAH ALAM, 23 OGOS: Sebanyak 4,442 kluster jangkitan Covid-19 dikesan dalam negara sejak pandemik menular dengan 1,436 daripadanya masih aktif.

Ketua pengarah kesihatan dalam kenyataan menyebut sebanyak 24 kluster baharu turut direkodkan semalam meliputi tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Lampiran dikongsikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan empat kluster tempat kerja dikesan di Johor manakala tiga lagi di Melaka.

Kluster sama turut dikesan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak dan Kelantan - masing-masing satu kes.

Sementara lima kluster komuniti dikesan di Kelantan, Sarawak (empat) serta masing-masing satu di Pahang dan Sabah.

Satu kluster kumpulan berisiko tinggi pula dikesan di Selangor membabitkan Jalan Besar Pulau Meranti, Sepang dengan 26 kes.

 

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.