AGENSI

LZS tanggung kos ubat mualaf dijangkiti Covid-19

19 Ogos 2021, 3:47 AM
LZS tanggung kos ubat mualaf dijangkiti Covid-19

SHAH ALAM, 19 OGOS: Seorang mualaf yang juga asnaf fakir yang dijangkiti Covid-19 disantuni Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan menanggung kos ubat yang diperlukan untuk merawatnya.

Agensi berkata lelaki terbabit yang kini dirawat di Hospital Serdang memerlukan ubat tersebut bagi mencegah pembekuan darah akibat kepekatan yang melampau dan merawat trombosis urat dalam.

"Tindakan pantas diambil dengan kaedah mencari ubat tersebut di kedai farmasi swasta. Keluarga beliau yang bukan beragama Islam juga membantu dalam mencari ubat ini.

"Alhamdulillah akhirnya ubat tersebut berjaya diperolehi walaupun harganya agak mahal dan ubat terus dihantarkan ke hospital untuk kegunaannya," katanya menerusi Facebook.

LZS menjelaskan Skuad Saidina Umar (SSU) terpaksa mendapatkan ubat khas jenis "rivaroxaban" di farmasi luar kerana farmasi hospital kehabisan stok.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.