ADN

DUN Bukit Melawati sedia talian sokongan emosi ketika pandemik

5 Ogos 2021, 12:46 AM
DUN Bukit Melawati sedia talian sokongan emosi ketika pandemik
DUN Bukit Melawati sedia talian sokongan emosi ketika pandemik

SHAH ALAM, 5 OGOS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati mewujudkan perkhidmatan Talian Harapan secara percuma kepada penduduk yang memerlukan bantuan sokongan emosi.

Wakil rakyatnya berkata individu yang mengalami masalah kemurungan, kekeluargaan atau rumahtangga, penceraian, pembelajaran, sosial, anak autisme atau hiperaktif dan kecelaruan identiti boleh hubungi talian tersebut.

"Talian Harapan merupakan talian sokongan emosi dan psikososial yang akan menghubungkan anda dengan pihak kaunselor untuk mendengar masalah dan membantu menangani isu berkaitan.

"Ia juga demi menjaga tahap kesihatan mental rakyat khususnya terutama wanita yang terpaksa mengurus ahli keluarga ketika tempoh pandemik Covid-19 dengan pelbagai cabaran," kata Juwairiya Zulkifli di Facebook.

Turut mendapat kerjasama Klinik Psikologi Azlina, penduduk sekitar yang mempunyai masalah dinyatakan boleh menghubungi talian 017-8860253 untuk membuat janji temu di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Melawati.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.