AGENSI

KDEBWM gerak pekerja sokongan atasi masalah kutipan sampah

4 Ogos 2021, 12:54 AM
KDEBWM gerak pekerja sokongan atasi masalah kutipan sampah

SHAH ALAM, 4 OGOS: KDEB Waste Management (KDEBWM) menggerakkan khidmat pekerja sokongan bagi meneruskan operasi kutipan sisa pepejal di 14 kawasan terjejas di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Ketua Media dan Perhubungan Awamnya berkata gangguan operasi berlaku berikutan saringan Covid-19 dijalankan terhadap petugas pembersihan dan proses nyahkuman jentera kutipan.

"Bagaimanapun operasi tetap berjalan seperti biasa di mana KDEBWM mendapatkan khidmat pekerja sokongan bagi memastikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang merupakan salah satu perkhidmatan penting dilaksanakan mengikut jadual," kata Mahfuzah Muhammad Tarmidi dalam kenyataan semalam.

14 kawasan yang terlibat iaitu:

1.    Aman Perdana

2.    Bandar Bukit Raja

3.    Bukit Kapar

4.    Kampung Bayu Perdana

5.    Kampung Raja Uda

6.    Taman Chi Liung

7.    Kampung Baru Pandamaran

8.    Kampung Idaman

9.    Pandamaran Jaya

10. Pelabuhan Klang

11. Taman Kota Pendamar

12. Taman Selat Selatan

13. Taman Petaling Indah

14. Taman Selatan

Mahfuzah berkata orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kutipan sisa domestik boleh menghubungi talian pusat aduan setempat atau operasi KDEBWM cawangan Klang.

"Bagi KDEBWM, kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan dialami dan akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang terbaik kepada rakyat Selangor," katanya.