ad
AGENDA

PM: Usul bahas, ungkai Ordinan Darurat dijadual September

3 Ogos 2021, 5:44 AM
PM: Usul bahas, ungkai Ordinan Darurat dijadual September

SHAH ALAM, 3 OGOS: Kerajaan akan membincangkan usul bagi perbahasan dan mengungkaikan Ordinan Darurat yang bakal dibawa dalam sidang Parlimen dijadual pada September ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbincangan berhubung perkara itu akan dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri esok.

"Adalah dimaklumkan bahawa proses pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong seperti mana disembah nasihat jemaah menteri pada 23 Julai tidak dapat disempurnakan.

"Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ia diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan perkara berkenaan secara harmoni dan berperlembagaan.

Katanya, selaras dengan titah pandangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, suatu usul untuk membahas dan seterusnya mengungkaikan ordinan-ordinan darurat berkenaan boleh dibawa dalam sidang Parlimen dijadualkan pada September ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.