ad
AGENDA

Jumlah jangkitan menurun kepada 14,516, Selangor kurang lagi 2,000 kes

26 Jul 2021, 7:45 AM
Jumlah jangkitan menurun kepada 14,516, Selangor kurang lagi 2,000 kes

SHAH ALAM, 26 JULAI: Jumlah jangkitan Covid-19 menurun kepada 14,516 kes hari ini selepas melonjak ke paras tertinggi dengan 17,045 kes semalam.

Mengikut data yang dikongsi ketua pengarah kesihatan, Selangor turut mencatat penurunan kira-kira 2,000 kes kepada 6,508 berbanding 8,500 kes semalam.

Angka di Twitter Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan Kuala Lumpur, Johor dan Kedah merekod jumlah besar masing-masing dengan 1,425, 1,449 dan 1,160 kes.

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Sabah - 720

Perak - 590

Negeri Sembilan - 452

Pulau Pinang - 402

Pahang - 386

Melaka - 373

Sarawak - 356

Kelantan - 346

Terengganu - 245

WP Putrajaya - 94

WP Labuan - 8

Perlis - 2