AGENDA

Kes Covid-19 kekal paras 15,000, Selangor turun sedikit

24 Jul 2021, 7:53 AM
Kes Covid-19 kekal paras 15,000, Selangor turun sedikit

SHAH ALAM, 24 JULAI: Jumlah jangkitan Covid-19 terus meningkat kepada 15,902 kes, mengatasi angka tertinggi 15,573 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua pengarah kesihatan memaklumkan Selangor merekodkan penurunan sedikit sebanyak 321 kes, namun masih paras 7,000 dengan 7,351 kes hari ini.

Mengikut data yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jangkitan di Kuala Lumpur pula meningkat kepada 2,406 kes, naik 343 kes berbanding semalam.

Jumlah keseluruhan kes dalam negara kini mencecah 996,393.

Berikut pecahan kes setiap negeri dan wilayah:

Johor - 804

Sabah - 712

Sarawak - 261

Negeri Sembilan - 625

Pulau Pinang - 505

Kelantan - 502

Kedah - 867

Perak - 469

Melaka - 631

Pahang - 406

Terengganu - 267

Labuan - 30

Putrajaya - 59

Perlis - 7