EXCO

Pemaju diminta segera serah kunci Rumah Selangorku, elak pembeli terbeban

24 Jul 2021, 7:08 AM
Pemaju diminta segera serah kunci Rumah Selangorku, elak pembeli terbeban

SHAH ALAM, 24 JULAI: Pemaju diminta menyegerakan penyerahan kunci kepada pemilik Rumah Selangorku yang siap dibina bagi mengelak mereka terbeban.

EXCO perumahan dan kesejahteraan bandar berkata ini kerana pembeli menanggung kos sewa rumah selain pinjaman bank untuk kediaman yang bakal diduduki.

"Ada rumah yang telah siap namun disebabkan tatacara operasi piawai (SOP) tertentu dan larangan merentas daerah, serahan kunci tidak dapat dibuat atau pemaju menangguhkannya.

"Justeru, saya sarankan mereka (pemaju) supaya menyegerakan proses tersebut tanpa perlu menganjurkan majlis besar-besaran kerana yang penting masyarakat tidak terbeban," kata Rodziah Ismail.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau Program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga di pusat pemberian vaksin (PPV) Hotel De Palma Seksyen 19 di sini semalam.

Mengulas lanjut, Rodziah berkata sebanyak 62 projek Rumah Selangorku siap dibina dalam tempoh dua tahun membabitkan 23,209 unit manakala baki 19,665 unit lagi dijangka menjelang akhir tahun ini.

"Projek paling banyak siap di Hulu Langat iaitu 19 projek dengan 5,940 unit diikuti 12 projek di Petaling membabitkan 5,659 unit," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.