AGENDA

Jumlah jangkitan terus melonjak di Selangor, KL dan Kedah kepada 15,573 kes

23 Jul 2021, 8:15 AM
Jumlah jangkitan terus melonjak di Selangor, KL dan Kedah kepada 15,573 kes

SHAH ALAM, 23 JULAI: Jangkitan virus Covid-19 terus meningkat kepada 15,573 kes, jumlah tertinggi yang direkodkan sejak awal pandemik tahun lalu.

Ketua pengarah kesihatan memaklumkan jumlah jangkitan di Selangor turut meningkat kepada 7,672 kes, lebih 1,000 kes daripada rekod tertinggi 6,120 pada 15 Julai lalu.

Mengikut data yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, Kuala Lumpur dan Kedah juga menyaksikan kenaikan besar hari ini dengan rekod masing-masing 2,063 dan 937 kes.

Jumlah keseluruhan kes dalam negara kini mencecah 980,491.

Berikut pecahan kes bagi negeri dan wilayah yang lain:

Johor - 722

Negeri Sembilan - 682

Pulau Pinang - 530

Sabah - 516

Pahang - 457

Melaka - 452

Sarawak - 461

Perak - 415

Kelantan - 372

Terengganu - 229

Putrajaya - 41

Labuan - 21

Perlis - 3