ad
AGENDA

PPV IDCC Shah Alam ditutup, saran pengunjung jalani kuarantin

13 Jul 2021, 1:32 AM
PPV IDCC Shah Alam ditutup, saran pengunjung jalani kuarantin

SHAH ALAM,13 JULAI: Pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam ditutup hari ini susulan kes positif Covid-19 dikenal pasti dalam kalangan petugasnya.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) memaklumkan langkah penutupan itu diambil hasil keputusan ujian yang diperoleh malam tadi bagi membolehkan kerja sanitasi dijalankan.

"CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi antara 29 Jun hingga 12 Julai membuat penilaian kendiri dan melakukan saringan sekiranya bergejala.

"Janji temu yang diberikan pada hari ini akan dijadualkan semula kepada satu tarikh lain secepat mungkin," katanya menerusi kenyataan.

Pada 2 Mei lalu, PPV di IDCC Shah Alam dibuka bagi mempercepatkan urusan suntikan imunisasi berkenaan.

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata kendalian kali pertama Kerajaan Selangor itu melibatkan suntikan khas vaksin AstraZeneca untuk individu yang mahu mengambilnya secara sukarela.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.