ad
PBT

MPSepang sumbang lebih RM20,000 untuk tabung kemanusiaan Palestin

29 Jun 2021, 8:37 AM
MPSepang sumbang lebih RM20,000 untuk tabung kemanusiaan Palestin

SHAH ALAM, 29 JUN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyumbang sebanyak RM24,000 kepada Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin bagi membantu rakyat Palestin.

Manakala, Yang Dipertuanya Dato' Abd Hamid Hussain pula menghulur RM11,000 sebagai tanda solidariti kepada rakyat negara berkenaan.

"MPSepang prihatin dengan pergolakan berlaku di negara itu dan selaras dengan saranan Kerajaan Selangor kita setuju untuk menyumbang sedikit bantuan," kata pihak berkuasa tempatan itu menerusi kenyataan hari ini.

Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin sejak 19 Mei dengan sasaran kutipan RM1 juta bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Bantuan berkenaan dalam bentuk ambulans dan kenderaan pelbagai guna serta dilengkapi ubat-ubatan yang menjadi keperluan mereka.

Orang ramai yang ingin menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin boleh membuatnya melalui nombor akaun 8604747531 (Cimb Islamic Bank Berhad) atas nama Bendahari Negeri Selangor dan rujukan Palestin.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.