AGENDA

Jumlah harian turun bawah 5,000 kes, pertama kali sejak hampir sebulan

14 Jun 2021, 6:28 AM
Jumlah harian turun bawah 5,000 kes, pertama kali sejak hampir sebulan

SHAH ALAM, 14 JUN: Jumlah kes harian Covid-19 turun 355 kes kepada 4,949 kes berbanding semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Rekod dikongsikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan bilangan kes bawah 5,000 pertama kali dicatatkan dalam bulan ini.

Kali terakhir negara merekodkan kes paras 4,000 ialah pada 18 Mei iaitu sebanyak 4,865 kes.

Selain Selangor yang mencatat 1,523 kes, Sarawak merekodkan 744 kes, Kuala Lumpur (503), Johor (430), Negeri Sembilan (323) dan Pulau Pinang serta Kelantan masing-masing 214 kes.

Berikut pecahan kes bagi negeri-negeri lain:

Kedah - 199

Perak - 136

Melaka - 119

Labuan - 113

Terengganu - 86

Pahang - 61

Putrajaya - 10

Perlis - 1