BERITA UTAMA

Tambah baik klinik usahawan, 100 perunding bantu kembang niaga

10 Jun 2021, 7:00 AM
Tambah baik klinik usahawan, 100 perunding bantu kembang niaga

SHAH ALAM, 10 JUN: Klinik usahawan Selangor akan diteruskan dengan beberapa penambahbaikan bagi membantu peniaga terjejas akibat pandemik Covid-19.

EXCO pembangunan usahawan berkata 100 perunding mahir dalam bidang masing-masing akan dilantik untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan.

"Seminar dalam talian ini kita beri percuma dan peruding akan berkongsi kepakaran mereka kepada peserta.

"Contohnya bagaimana membuat penjenamaan, pembungkusan produk dan penggunaan teknologi untuk tingkatkan pendapatan," kata Rodziah Ismail.

Beliau berkata demikian dalam sesi khas bersama peserta Program Tunas Niaga (PROTUNe) hari ini.

Pada 23 Julai tahun lalu, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) melancarkan Klinik Usahawan Selangor  dengan menawarkan pusat sehenti bagi runding cara perniagaan dengan pendekatan secara individu dan berkumpulan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.