AGENDA

Covid-19 catat rekod baharu 7,478 kes

26 Mei 2021, 7:32 AM
Covid-19 catat rekod baharu 7,478 kes

SHAH ALAM, 26 MEI: Satu lagi rekod tertinggi bagi jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan hari ini membabitkan 7,478 kes.

Jangkitan melebihi 7,000 kes dicatatkan selama dua hari berturut-turut. Semalam, sebanyak 7,289 kes dilaporkan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keseluruhan jangkitan mencecah 533,367 kes sejak pandemik menular.

Selangor mencatatkan antara kes harian tertinggi dengan 2,455 kes diikuti Kuala Lumpur iaitu 760 kes dan Sarawak (640).

Tiga negeri merekodkan kes lebih 500 ialah Johor (587), Kelantan (547) dan Kedah (542). Pulau Pinang mencatatkan 420 kes sementara Negeri Sembilan 370 kes.

Negeri yang mencatatkan kes bawah 300 pula meliputi Perak (264), Melaka (230), Sabah (229), Terengganu (177) dan Pahang (171).

Sementara kes dua angka melibatkan Labuan (49), Putrajaya (29) dan Perlis (8).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.