AGENSI

Lewat kesan, asing kontak punca kes Covid-19 meningkat

25 Mei 2021, 2:06 AM
Lewat kesan, asing kontak punca kes Covid-19 meningkat

SHAH ALAM, 25 MEI: Kelewatan mengesan kontak dan mengasingkan kes kluster adalah antara faktor peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.

Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menjelaskan perkara itu menjadi punca penularan secara meluas dan kes sporadik dalam komuniti.

"Sekarang ini kes komuniti sudah setanding, bahkan ada daerah dan mukim serta tempat kerja juga kilang yang melebihi kes kluster.

"Maka saringan bersasar sejak hujung tahun lepas dilanjutkan bermula 8 Mei lalu. Dijangka angka akan terus tinggi kerana akan dilakukan ke 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini," kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semalam.

Beliau berkata demikian di Facebook menerusi 'Anda Tanya, Dr Dzul Jawab' berkaitan punca kes positif Covid-19 tinggi di Selangor.

Seramai 29,239 individu menyertai Saringan Komuniti anjuran Kerajaan Negeri sejak 8 Mei sehingga Sabtu lalu dengan 1,494 positif.

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 menyasarkan individu berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.