AGENDA

Covid-19 catat lebih 6,000 kes tiga hari berturut-turut

21 Mei 2021, 7:04 AM
Covid-19 catat lebih 6,000 kes tiga hari berturut-turut

SHAH ALAM, 21 MEI: Sebanyak 6,493 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara, sebahagian besar membabitkan kawasan Lembah Klang.

Angka melebihi 6,000 kes selama tiga hari berturut-turut mulai kelmarin turut menyaksikan 50 lagi pesakit maut akibat jangkitan virus.

Pada Khamis, Malaysia merekodkan 6,806 kes, tertinggi pernah dilaporkan sejak pandemik menular. Kelmarin, 6,075 kes dilaporkan.

Ketua pengarah kesihatan berkata Selangor kekal mencatatkan jangkitan tertinggi membabitkan 2,163 kes diikuti Kuala Lumpur (641) dan Sarawak (612).

"Sebanyak 4,508 kes berjaya sembuh dan 643 dirawat di unit rawatan rapi. Daripada jumlah itu, 363 kes memerlukan bantuan pernafasan," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Pecahan kes negeri lain seperti berikut:

Kelantan - 467

Kedah - 434

Johor - 406

Perak - 382

Negeri Sembilan - 370

Pulau Pinang -302

Sabah - 144

Melaka - 165

Pahang - 161

Terengganu - 139

WP Labuan -84

WP Putrajaya -20

Perlis - 3