AGENDA

PKP untuk putuskan rantaian Covid-19, penduduk perlu patuh

7 Mei 2021, 7:55 AM
PKP untuk putuskan rantaian Covid-19, penduduk perlu patuh

SHAH ALAM, 7 MEI: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sekali lagi di beberapa daerah di Selangor bertujuan memutuskan rantaian Covid-19, kata EXCO kesihatan.

Justeru, Dr Siti Mariah Mahmud meminta semua pihak mematuhi ketetapan demi kebaikan semua.

"PKP ini memang menyusahkan, bukan orang awam sahaja sebaliknya pentadbiran Kerajaan Selangor, polis... tetapi kita kena ingat ini untuk jaga nyawa rakyat.

"Kita buat (PKP) untuk sementara supaya dapat kekang pandemik dan menurunkan bilangan jangkitan," katanya di Facebook menerusi forum Tanya Apa Sahaja: PKP Lagi?.

Rancangan turut disertai Ahli Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19, Dato' Dr Fadzilah Kamaludin manakala Pengarah Pasukan Khas Selangor Covid-19, Dr Muhammad Farhan Rusli sebagai moderator.

Bermula semalam hingga 17 Mei ini, PKP dilaksana di Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat serta Sepang susulan peningkatan jangkitan wabak dalam negeri ini.

Di Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam, kerajaan mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.