ad
AGENDA

Nisbah populasi, kepadatan penduduk tentukan kadar jangkitan Covid-19

5 Mei 2021, 11:03 AM
Nisbah populasi, kepadatan penduduk tentukan kadar jangkitan Covid-19

SHAH ALAM, 5 MEI: Kerajaan perlu mengambil kira nisbah populasi dan kepadatan penduduk dalam menilai kadar jangkitan Covid-19 setiap negeri.

Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata sekiranya kiraan berdasarkan nisbah setiap 100,000 penduduk, Kelantan merupakan negeri tertinggi jangkitan pandemik.

"Tidak adil jika Selangor diletakkan sebagai paling ramai dijangkiti. Kami mengakui angka kes di negeri ini tinggi. Apa pun sifat penyakit berjangkit, ia berkait dengan populasi, kepadatan penduduk.

"Saya dengan rendah hati (mahu menjelaskan), kalau mahu diambil ukuran kita tak boleh sekadar mengukur angka. Kalau mahu ukur biarlah 'epal dengan epal'," kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Selangor merekodkan kes tertinggi selepas 675 jangkitan baharu dilaporkan, menjadikan keseluruhan sebanyak 136,131 kes.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.