AGENDA

PKPD di Sekolah Menengah Sains Banting mulai esok

23 Apr 2021, 9:41 AM
PKPD di Sekolah Menengah Sains Banting mulai esok

SHAH ALAM, 23 APRIL: Sekolah Menengah Sains Banting, Kuala Langat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa esok.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata arahan sehingga 7 Mei susulan kenaikan kes dalam kalangan pelajar.

"Sehingga 23 April, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melakukan 473 saringan dan daripada jumlah itu, seramai 71 pelajar disahkan positif Covid-19.

"KKM mengesahkan penularan kes masih berlaku di lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi," katanya dalam sidang media petang ini.

Beliau berkata penguatkuasaan PKPD bagi membendung penularan Covid-19 di kawasan tersebut.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.