EXCO

Hampir 400 peserta Seldec sertai e-bazar sempena Ramadan

19 Apr 2021, 3:40 PM
Hampir 400 peserta Seldec sertai e-bazar sempena Ramadan

SHAH ALAM, 19 APRIL: Hampir 400 peserta Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) menyertai program e-bazar di bawah 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) pada Ramadan ini.

EXCO pembangunan usahawan berkata pendaftaran masih dibuka kepada orang ramai terutama golongan belia bagi menyertai program anjuran Kerajaan Negeri.

"Usaha ini bagi membantu penghantar makanan menjana pendapatan di samping memudahkan peniaga menjual barangan mereka agar sampai kepada pelanggan.

"Selain menawarkan perkhidmatan penghantaran bahan mentah, Seldec turut membimbing peniaga kecil khususnya ke arah pendigitalan yang mana pembelian dilakukan menerusi dalam talian," kata Rodziah Ismail.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) dan memperkenalkan Pengarah Eksekutif Hijrah baharu di Kelab Shah Alam di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Seldec, Mohd Fauzan Elham berkata pihaknya menawarkan insentif RM200 kepada penghantar makanan yang berkhidmat sehingga hari terakhir Ramadan.

Inisiatif ini bertujuan menggalakkan lebih ramai penghantar barangan yang menggunakan kereta serta motosikal bernaung di bawah syarikat itu.

Mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi http://dapur.seldec.com.my/join/rider/.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.