ad
AGENSI

Empat langkah mudahkan peniaga bazar daftar saluran e-dagang

16 Apr 2021, 8:18 AM
Empat langkah mudahkan peniaga bazar daftar saluran e-dagang
Empat langkah mudahkan peniaga bazar daftar saluran e-dagang

SHAH ALAM, 16 APRIL: Dato' Menteri Besar mengajak peniaga bazar Ramadan negeri ini mendaftar perniagaan mereka di saluran e-dagang, Platform Selangor (PLATS) untuk kemudahan pelanggan.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata mereka hanya perlu melengkapkan pendaftaran dengan empat langkah mudah secara percuma menerusi www.plats.com.my .

"Buat peniaga bazar Ramadan Selangor, daftarkan perniagaan di PLATS supaya penduduk kawasan setempat atau berdekatan mudah menjejaki perniagaan serta membeli daripada anda," katanya menerusi Facebook hari ini.

Selain melayari laman sesawang PLATS, tiga langkah seterusnya ialah klik 'Daftar Kedai Anda PLATS E-Kitchen', lengkapkan butiran diri serta perniagaan dan hantar permohonan.

Saluran e-dagang tersebut dimulakan tahun lalu dengan pelancaran PLATS e-bazar iaitu bazar Ramadan digital pertama di negara ini berikutan ketiadaannya akibat penularan Covid-19.

Program itu ditambah baik menerusi PLATS 2.0 pada 11 April lalu dan Kerajaan Negeri menyasarkan lebih ramai peniaga menyertai program e-Dapur seiring perkembangan era pendigitalan serta berjalan sepanjang masa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.