BERITA UTAMA

EXCO puas hati jemaah patuh SOP solat tarawih

16 Apr 2021, 6:21 AM
EXCO puas hati jemaah patuh SOP solat tarawih

SHAH ALAM, 16 APRIL: Kerajaan negeri Selangor setakat ini berpuas hati dengan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) solat sunat tarawih yang dilaksanakan di masjid dan surau susulan kebenaran pelaksanaannya kepada umat Islam di negeri ini.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata pengurusan masjid dan surau, serta jemaah dilihat melaksanakan dan mematuhi SOP yang digariskan, antaranya membawa sejadah sendiri, memakai pelitup muka, mengimbas suhu serta menjaga jarak fizikal.

“Saya sudah tiga kali menghadiri solat tarawih di masjid di beberapa daerah antaranya Gombak dan Klang.

"Alhamdulillah saya rasa pengurusan masjid mematuhi SOP 100 peratus, dan jemaah juga maklum serta akur dengan peraturan yang ditetapkan,” katanya pada pemberita selepas Majlis Agihan Kurma kepada agensi dan jawatankuasa tetap agama Islam Selangor dekat sini hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.