ad
AGENSI

MB luang masa beli juadah, puas hati pematuhan SOP bazar

13 Apr 2021, 1:06 PM
MB luang masa beli juadah, puas hati pematuhan SOP bazar

SHAH ALAM, 13 APRIL: Dato' Menteri Besar meluangkan masa membeli juadah di Bazar Ramadan Kompleks PKNS di sini petang tadi.

Dato' Seri Amirudin Shari turut mengambil kesempatan meninjau pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) pengunjung dan peniaga.

"Alhamdulillah ternyata pengunjung dan peniaga mematuhi SOP digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Berkesempatan membeli beberapa juadah untuk berbuka. Semoga jualan peniaga meningkat sepanjang Ramadan, Insya-Allah," katanya menerusi Facebook.

Semalam, Amirudin mengarahkan pihak berkuasa memantau ketat operasi bazar Ramadan bagi mencegah perebakan Covid-19 dan kewujudan kluster baharu.

Beliau berkata bilangan peniaga dikurangkan kepada 11,000 berbanding 14,000 orang pada 2019 mengikut amalan norma baharu.

Kerajaan membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara tahun ini selepas mendapat pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.