ad
AGENDA

Memorandum desak Parlimen bersidang akan dipersembah kepada Agong

10 Apr 2021, 7:30 AM
Memorandum desak Parlimen bersidang akan dipersembah kepada Agong

SHAH ALAM, 10 APRIL: Pakatan Harapan (PAKATAN) akan mempersembahkan memorandum menggesa diadakan sidang Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Presiden PAKATAN dalam kenyataan memaklumkan memorandum tersebut ditandatangani semua ahli parlimen yang menyokong pembukaan semula Dewan Rakyat.

"Ia senafas junjungan titah nasihat Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawasanya darurat tidak menghalang Parlimen untuk bersidang," menurutnya.

Kenyataan bersama itu dibuat Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiusaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pimpinan PAKATAN yang mengadakan pemukiman di Port Dickson baru-baru ini akan meneruskan usaha reformasi negara dengan menjuarai aspirasi rakyat menerusi pendekatan 'khemah besar' untuk menyatupadukan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira pegangan politik.

"Ini penting bagi memulihkan kembali sistem demokrasi berparlimen dengan menamatkan penggantungan Parlimen," katanya.

PAKATAN turut menegaskan kesediaan untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak berdasarkan prinsip dan agenda reformasi demi kepentingan rakyat tanpa melibatkan kleptokrat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.