ad
BERITA UTAMA

MBSJ, Seldec jalin kerjasama bangun e-bazar Ramadan, Raya

23 Mac 2021, 12:42 AM
MBSJ, Seldec jalin kerjasama bangun e-bazar Ramadan, Raya
MBSJ, Seldec jalin kerjasama bangun e-bazar Ramadan, Raya

SHAH ALAM, 23 MAC: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negeri ini membangunkan e-Bazar Ramadan dan Raya tahun ini.

Timbalan pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik berkata inisiatif itu dilaksana dengan kerjasama Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) menerusi platform e-dapur.

"Bagi merealisasikan perniagaan ini MBSJ sediakan kursus platform e-bazar Ramadan selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mac ini di Dewan Serbaguna MBSJ, Taman Puchong Indah.

"Usaha ini bertujuan membantu belia menjana pendapatan dalam situasi norma baharu sekali gus menggalakkan penyertaan lebih ramai peniaga dalam talian serta sebagai penghantar makan MBSJ/Seldec," kata Azfarizal Abdul Rashid dalam kenyataan.

Beliau berkata kursus itu memfokuskan pengenalan kepada e-bazar, transaksi secara dalam talian, peluang pekerjaan sebagai penunggang Seldec dan pinjaman kredit Yayasan Hijrah Selangor.

Terhad kepada 100 orang dengan yuran penyertaan hanya RM15. Berikut tentatif kursus berkenaan:

25 Mac 2021 (Khamis)

Siri 1 : 9.00 pagi – 10.30 pagi

Siri 2 : 11.00 pagi – 12.30 tengah hari

Siri 3 : 2.00 petang – 3.30 petang

Siri 4 : 3.30 petang – 5.00 petang

26 Mac 2021 (Jumaat)

Siri 1 : 9.00 pagi – 10.30 pagi

Siri 2 : 11.00 pagi – 12.30 tengah hari

27 Mac 2021 (Sabtu)

Siri 1 : 9.00 pagi – 10.30 pagi

Siri 2 : 11.00 pagi – 12.30 tengah hari

Siri 3 : 2.00 petang – 3.30 petang

Siri 4 : 3.30 petang – 5.00 petang

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.