ad
ADN

ADN Morib sumbang RM58,000 bantu masjid, surau terjejas PKP

19 Mac 2021, 12:00 PM
ADN Morib sumbang RM58,000 bantu masjid, surau terjejas PKP

SHAH ALAM, 19 MAC: Sebanyak 48 masjid dan surau yang mendapat kebenaran solat Jumaat sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib menerima sumbangan berjumlah RM58,000.

Bantuan melalui peruntukan DUN dikhususkan kepada rumah ibadat yang terjejas pendapatan berikutan penangguhan aktiviti imarah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wakil rakyat Morib Hasnul Baharuddin berkata sebanyak RM2,000 diagihkan kepada 10 masjid sementara 38 surau menerima RM1,000 setiap satu.

"Sumbangan dikreditkan ke akaun bank penerima bagi kategori masjid manakala selebihnya diproses secara berperingkat. Diharap sumbangan meringankan beban institusi untuk menjelaskan bil utiliti dan keperluan kecil," tulisnya di Facebook.

Masjid terpilih ialah Masjid Al Muttaqin Kampung Permatang Pasir, Masjid Sultan Abdul Samad Seri Jugra,Masjid Al Islah Kampung Sawah dan Masjid Al Istiqomah Kampung Sungai Buaya.

Selain itu, Masjid At Taqwa Pekan Banting, Masjid Diraja Sulan Alaeddin Kampung Bandar, Masjid Al Azim Kampung Kelanang dan Masjid As Solihin Kampung Kanchong Darat.

Turut menerima sumbangan ialah Masjid Jamek Jamaiyah Kampung Morib dan Masjid An Nur Kampung Kanchong Tengah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.