BERITA UTAMA

Kerjasama strategik tingkat jumlah syarikat muslim peroleh sijil halal

17 Mac 2021, 3:30 PM
Kerjasama strategik tingkat jumlah syarikat muslim peroleh sijil halal

SHAH ALAM, 17 MAC: Kerajaan Negeri akan menjalin kerjasama strategik dengan agensi berkaitan bagi meningkatkan jumlah syarikat muslim memiliki sijil halal.

EXCO industri halal berkata inisiatif itu diambil berikutan perkembangan kurang memberangsangkan dengan hanya kira-kira 30 peratus syarikat mempunyai sijil berkenaan.

"Menerusi kerjasama ini, kita mahu usahawan bukan menjadi peniaga semata-mata tetapi turut memiliki sijil halal dalam pelbagai sektor termasuk makanan, kosmetik dan farmaseutikal.

"Perkara ini dapat memberi nilai tambah dengan pengguna lebih yakin terhadap produk mereka yang dianggap bersih," kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni kepada SelangorKini.

Beliau berkata sebelum ini pengurusan halal negeri hanya tertumpu kepada isu pensijilan dan penguatkuasaan manakala pembangunan industri tidak mempunyai portfolio khusus.

"Dengan tertubuhnya jawatankuasa industri halal diuruskan portfolio saya, semua urusan dan aktiviti disatukan di bawah satu bumbung sekali gus memudahkan pembangunan berkaitan sektor halal di Selangor," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.