AGENDA

Tiga lagi kluster baharu di Selangor, babit pekerja kilang

17 Mac 2021, 12:37 PM
Tiga lagi kluster baharu di Selangor, babit pekerja kilang

SHAH ALAM, 17 MAC: Selangor hari ini melaporkan tiga kluster baharu akibat jangkitan Covid-19 membabitkan pekerja kilang di Petaling dan Sepang.

Ketua pengarah kesihatan berkata Kluster Subang Dua di Petaling mencatatkan 153 kes positif hasil saringan bersasar 602 pekerja kilang di Taman Perindustrian Subang.

"Sementara Kluster Jalan Lada Sulah dikesan bermula 22 Februari lalu hasil saringan sama dengan 18 daripada 327 individu dikesan positif dari kilang di Jalan Lada Sulah, Shah Alam," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau memaklumkan Kluster Meranti Jaya di Sepang membabitkan pekerja kilang di Taman Meranti Jaya, Puchong.

"Kes dalam kluster ini dilaporkan diperoleh pada 14 Mac lalu, sehingga kini lapan kes dikesan positif hasil dari saringan 101 pekerja kilang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.