ad
BERITA UTAMA

Jelajah Selangor anjur acara berbasikal, futsal awal Mei

9 Mac 2021, 3:03 AM
Jelajah Selangor anjur acara berbasikal, futsal awal Mei

SHAH ALAM, 9 MAC: Kerajaan Negeri bercadang mengadakan program berbasikal dikenali Jelajah Selangor susulan kelonggaran tatacara operasi piawai (SOP) bagi aktiviti sukan.

EXCO sukan berkata, acara yang masih dalam rangka perbincangan itu dijangka akan diadakan pada awal Mei depan.

"Selain aktiviti berkaitan, kita juga mengatur beberapa acara sukan lain seperti futsal dan maraton," kata Mohd Khairuddin Othman ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau berkata atlet negeri akan mengadakan latihan dalam masa terdekat sebagai persiapan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma).

"Perbincangan lanjut bersama Majlis Sukan Negeri Selangor sedang diadakan bagi memastikan kaedah latihan mengikut SOP," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.