AGENSI

Syarikat telekomunikasi disaran sokong inisiatif kad SIM, tawar pakej murah

20 Feb 2021, 1:52 AM
Syarikat telekomunikasi disaran sokong inisiatif kad SIM, tawar pakej murah

SHAH ALAM, 20 FEB: Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) berharap syarikat telekomunikasi menyokong inisiatif kad SIM Selangor dengan menawarkan pakej berpatutan.

Presidennya Datuk Dr Jacob George berkata penyedia perkhidmatan itu tidak boleh hanya mementingkan keuntungan, sebaliknya perlu menyeimbangkan tanggungjawab membantu pihak memerlukan.

"Syarikat telekomunikasi wajar bersama Kerajaan Negeri menyediakan internet terutama kepada penduduk luar bandar.

"Penularan Covid-19 menyebabkan hampir semua perkara termasuk pembelajaran perlu dibuat secara maya, jadi kita kena bantu luaskan jaringan komunikasi," katanya kepada SelangorKini.

Mulai Mac, sebanyak 40,000 kad SIM akan diagih melalui program Rakan Digital yang dihad untuk pembelajaran dan perniagaan.

Kerajaan Negeri dalam proses perbicangan dengan syarikat telekomunikasi mengenai pakej internet sebelum proses agihan dilakukan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.