BERITA UTAMA

Lima lagi Bas Smart Selangor sedia digerak, bawa pesakit Covid-19

18 Feb 2021, 11:50 PM
Lima lagi Bas Smart Selangor sedia digerak, bawa pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 19 FEB: Kerajaan Negeri sedia menggerakkan lima lagi Bas Smart Selangor untuk membawa pesakit Covid-19 jika ada keperluan.

EXCO pengangkutan berkata menerusi Pakej Kita Selangor sebanyak 10 bas dikhaskan untuk bawa pesakit ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Serdang.

"Kita memberi komitmen penuh kepada Kementerian Kesihatan agar urusan membawa pesakit dan petugas barisan hadapan berjalan lancar.

"Sekiranya lima unit bas tidak cukup, lima lagi baki bas ini sedia bergerak sekiranya diperlukan," kata Ng Sze Han kepada SelangorKini.

Pada 20 Januari lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan Bas Smart Selangor akan digunakan untuk membawa pesakit Covid-19 dari rumah ke PKRC.

Pakej dengan implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.