ad
BERITA UTAMA

Tengku Permaisuri sumbang barangan keperluan harian untuk asnaf

18 Feb 2021, 12:18 AM
Tengku Permaisuri sumbang barangan keperluan harian untuk asnaf

SHAH ALAM, 18 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyumbang barangan keperluan harian kepada golongan asnaf di Selangor.

Selangor Royal Office dalam kenyataan memaklumkan baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan di beberapa kawasan di negeri ini.

"Sumbangan baginda itu diserahkan kepada wakil Kelab Sukan Rekreasi Pengembara Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia iaitu Setiausaha Kelab, Salawati Abd Rashid.

"Sumbangan itu akan diagihkan menerusi program jelajah bantuan kebajikan kelab berkenaan," katanya di Facebook.

Majlis ringkas penyerahan barangan sumbangan itu diadakan di pekarangan Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.