BERITA UTAMA

Pakej Kita Selangor: Merancak pendigitalan, cipta peluang kerja

7 Feb 2021, 7:18 AM
Pakej Kita Selangor: Merancak pendigitalan, cipta peluang kerja
Pakej Kita Selangor: Merancak pendigitalan, cipta peluang kerja
Pakej Kita Selangor: Merancak pendigitalan, cipta peluang kerja
Pakej Kita Selangor: Merancak pendigitalan, cipta peluang kerja

SHAH ALAM, 7 FEB: Sebahagian intipati Belanjawan Selangor 2021 disegerakan melalui Pakej Kita Selangor bagi merancakkan usaha pendigitalan seterusnya mencipta peluang pekerjaan dan melahirkan usahawan.

Usaha memerangi Covid-19 turut dipergiat manakala aspek kebajikan rakyat tidak dilupakan.

Dua tema pakej itu disiar minggu lalu, kali ini ringkasan strategi yang dipercepat:

Merangsang Ekonomi

[caption id="attachment_406949" align="alignright" width="500"] Peniaga menyiapkan tempahan makanan yang dibuat melalui Plats dan Grab di e-dapur Bandar Utama, Damansara pada 4 Mei 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Bantu usahawan, penjaja dan peniaga kecil

  • Program e-Dapur Selangor bagi membantu 1,000 penjaja kecil makanan dan minuman
  • Peruntukan RM10 juta yang dijayakan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah)
  • Peserta mendapat skim pinjaman mikrokredit untuk menampung kos operasi dan mengadaptasi perniagaan ke platform e-dagang seperti Grab serta Foodpanda

Inisiatif e-Pembekalan Peruncit dan Mikro

  • Dilaksanakan dengan peruntukan RM5 juta
  • Membantu 1,000 peruncit kecil mendapat bekalan pada harga lebih murah, mudah dan cepat melalui platform digital
  • Mendapat kemudahan pinjaman mikro (mikrokredit) untuk menampung kos bekalan, operasi dan adaptasi kaedah perolehan secara digital

[caption id="attachment_450624" align="alignleft" width="432"] Peserta menghadiri sesi temu duga secara maya ketika Jelajah Selangor Bekerja 2020 di Dewan MDKS Saujana Utama, Sungai Buloh pada 22 November 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Selangor Freelance

  • Peruntukan RM10 juta
  • Mewujudkan peluang pekerjaan berpanjangan
  • Kerjasama dengan platform pekerja bebas (freelancers) bagi mencipta peluang pekerjaan dan pendapatan tambahan melalui ekonomi sampingan
  • Melibatkan kemahiran
  • Lebih 1,000 peluang pekerjaan sampingan dicipta

 

Rakan Digital Selangor

  • Peruntukan RM3 juta
  • Melantik 1,000 individu untuk membimbing peniaga, warga emas, mahasiswa mengguna pakai aplikasi digital

Skim Niaga Darul Ehsan (NaDi)

    • Diperluas untuk usahawan wanita
    • 3,000 peserta berniaga menggunakan permit sementara daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)
    • Pelan pinjaman antara RM1,000 hingga RM3,000
    • Tiada syarat pemilikan premis dan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

[caption id="attachment_459481" align="alignright" width="500"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan membincangkan gerak kerja pengurusan Covid-19 pada 2 Februari 2021. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Bilik Gerakan Covid-19 Negeri Selangor

  • Pusat Operasi C5i Smart Selangor (SSOC) beroperasi 24 jam
  • Merencana pengurusan bantuan, menyokong operasi kawalan bersama agensi persekutuan termasuk pemantauan berpusat kes Covid-19 secara waktu nyata
  • Dilengkapi jaringan internet 3 Gbps, pusat data hidbrid, sistem komunikasi berpusat dan Smart Data Platform

Tabung Bantuan Menangani Covid-19

  • Diaktifkan semula sejak ditubuh semasa pengumuman pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin fasa dua
  • RM9.3 juta diterima sepanjang 2020 untuk petugas hadapan dan aspek perubatan
  • Pemotongan gaji Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri dan pegawai tinggi
  • Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyumbang sebulan gaji
  • Sumbangan RM2.3 juta diterima pada 20 Januari