AGENSI

MB: Persekutuan beri respon positif Selangor beli vaksin

2 Feb 2021, 2:27 PM
MB: Persekutuan beri respon positif Selangor beli vaksin

SERDANG, 2 FEB: Kerajaan persekutuan menyambut baik hasrat Selangor untuk membeli vaksin bagi meningkatkan imuniti rakyat negeri itu.

Bagaimanapun, Dato' Menteri Besar berkata rancangan suntikan vaksin perlu mengikut jadual supaya pelaksanaannya tidak bertindih dengan Putrajaya.

"Saya baharu selesai bermesyuarat dengan menteri perdagangan antarabangsa dan industri serta menteri kesihatan dan mereka sambut baik inisiatif Selangor, namun perlu mengikut jadual supaya tidak mendahului kerajaan persekutuan," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau yang ditemui selepas melawat tapak taska anak petugas hadapan di sini memaklumkan akan mempertimbang empat pilihan vaksin yang disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jelas Amirudin, pengagihan pula akan dibincangkan bersama EXCO kesihatan awam dan anggota Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor.

Kerajaan Negeri merancang untuk membeli antara tiga hingga lima juta dos vaksin bagi membendung penularan Covid-19 dan memenuhi keperluan rakyat termasuk pekerja asing.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.