AGENSI

Seldec sedia khidmat hantar barangan percuma dengan belian RM30

29 Jan 2021, 2:05 AM
Seldec sedia khidmat hantar barangan percuma dengan belian RM30

SHAH ALAM, 29 JAN: Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan basah secara percuma ke depan pintu rumah dengan pembelian RM30.

Seldec berkata tawaran sempena Thaipusam itu boleh dinikmati pengguna hari ini di samping pelanggan membuat belian RM50 dan ke atas akan memperoleh hadiah percuma.

"Pada masa sama, anda juga boleh menggunakan kod promo PASAR8 bagi mendapatkan diskaun RM8," katanya menerusi Facebook.

Seldec memaklumkan barangan basah tersebut antaranya daging segar 100 peratus produk tempatan, ikan, ayam dan ayam kampung serta yang lain seperti kuih muih tempatan, beras, minyak dan kambing perap.

"Selain melakukan pembelian di laman sesawang seldec.com.my , orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi Seldec menerusi Google Playstore dan Apple AppStore untuk membeli-belah secara dalam talian," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.