AGENDA

RM6 juta teruskan program saringan percuma, manfaat 50,000 penduduk

20 Jan 2021, 3:49 AM
RM6 juta teruskan program saringan percuma, manfaat 50,000 penduduk

SHAH ALAM, 20 JAN: Kerajaan Negeri memperuntuk sejumlah RM6 juta bagi meneruskan program saringan bersasar percuma dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata program yang dilaksanakan bermula tahun lalu bakal memanfaatkan 50,000 rakyat di seluruh negeri.

"Program memfokuskan golongan berisiko tinggi khususnya yang lebih berusia di pusat penjagaan warga emas dan pusat hemodialisis, golongan berpendapatan rendah dan mahasiswa anak Selangor," katanya ketika membentangkan Pakej Kita Selangor hari ini.

Amirudin berkata setakat ini sebanyak 19,976 ujian calitan percuma dijalankan di seluruh negeri.

"Kerajaan Negeri melalui Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 (STFC) mengguna pakai konsep 'uji dan asing' bagi membantu Kementerian Kesihatan menangani wabak ini," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.