AGENSI

MB: Patuhi SOP ketika tunai solat di masjid, surau

13 Jan 2021, 7:45 AM
MB: Patuhi SOP ketika tunai solat di masjid, surau
MB: Patuhi SOP ketika tunai solat di masjid, surau

SHAH ALAM, 13 JAN: Ahli jawatankuasa masjid atau surau dan pihak berkaitan perlu patuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketika menunaikan solat di rumah ibadat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dato' Menteri Besar berkata mereka termasuk jemaah musafir atau pelawat harus sentiasa memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman, berwuduk dari rumah serta mencatat kehadiran menerusi aplikasi MySejahtera atau Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

"Jemaah yang mempunyai suhu badan lebih 37.5 celcius dilarang masuk kawasan masjid dan surau.

"Rujuk ketetapan bagi semua rumah ibadat seluruh Selangor susulan pelaksanaan PKP di negeri ini yang bermula Subuh 13 Januari (hari ini) sehingga ketetapan baharu lain dikeluarkan secara rasmi," kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menangguhkan solat Jumaat dan fardu berjemaah di masjid serta surau mulai hari ini dan menetapkan hanya lima petugas dibenar mendirikan solat.

Penangguhan solat Jumaat melibatkan 425 masjid dan 278 surau kebenaran manakala bagi fardu jemaah pula membabitkan masjid dengan jumlah sama serta 2,025 surau.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.