AGENDA

Kes harian Covid-19 di Selangor kembali empat angka

12 Jan 2021, 1:06 PM
Kes harian Covid-19 di Selangor kembali empat angka

SHAH ALAM, 12 JAN: Kes baharu Covid-19 di Selangor melonjak kepada 1,107 kes berbanding 557 semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penularan kluster menyumbang 363 kes termasuk 92 kes kluster baharu iaitu Kluster Jalan Manan dan Kluster Persiaran Kuala.

"Kes di Selangor juga dikesan menerusi saringan kontak rapat (462 kes), saringan lain-lain (181 kes) dan kes import (satu kes)," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi apabila 3,309 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes aktif dengan meningkat kepada 30,390 kes.

Negara turut merekodkan 1,469 kes sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya sebanyak 110,584 kes (78.1 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.