ad
PBT

MDHS siap siaga selaras operasi banjir, aktifkan bilik gerakan

6 Jan 2021, 8:15 AM
MDHS siap siaga selaras operasi banjir, aktifkan bilik gerakan

SHAH ALAM, 6 JAN: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) bersiap siaga menyelaras operasi banjir, kata yang dipertuanya.

Dr Mohd Azhar Mohamed Ali berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada semua jabatan dan agensi di daerah itu bagi tangani bencana tersebut.

"MDHS melalui Skuad Pantas dalam keadaan siap sedia membantu termasuk bilik gerakan juga diaktifkan.

"Kita turut sediakan dewan sebagai tempat perlindungan dan pusat pemindahan sementara jika berlaku pemindahan di sekitar Hulu Selangor," katanya ketika dihubungi.

Pada masa sama, beliau juga meminta KDEB Waste Management memastikan semua longkang dan parit di bawah seliaan MDHS diselenggara dengan baik.

"Hal ini supaya tiada air tersekat dan mengelak berlakunya banjir terutama di kawasan perumahan," katanya lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.