BUDAYA

Non-Linear: Kita dan kata

30 Dis 2020, 8:13 AM
Non-Linear: Kita dan kata

Jauh dari buku

aku lebih ingin menekuni

halaman-halaman dirimu

sedang rindu menjadi keping penanda

menghentikanku di suatu lembar tanya;

"engkaukah yang tak mungkin selesai kubaca atau takdir sedang bercerita, "non-linear" antara kita dan kata?"

Kekasih, kutandai kau di situ,

di sebuah ruang jeda-

kerana sekali pun

aku tidak pernah akan tiba

pada peleraianmu.

 

Aina Nabila Ahmad

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.